Counting day's

Lilypie Kids Birthday tickers

Sunday, January 31, 2010

Jagalah Hati Pasangan Anda...

Dato Dr Hj Fadzilah Kamsah by wizvax

couple-holding-handsPASANGAN adalah ‘sahabat’ kita yang paling rapat dan setia. Tak kira waktu suka, duka, pasangan kita pasti akan sentiasa berada di sisi.

Tapi seringkali kita menganggap pasangan sebagai orang terakhir yang perlu dijaga hatinya kerana mereka pasti akan menerima kita seadanya.

Ada yang mengambil mudah dari segi percakapan dan tidak menghormati pasangan sebagai mana mereka menghormati orang lain.

Dari segi penampilan pula, ramai yang mengambil kesempatan dengan tidak menjaga diri atau paras rupa kerana mereka tahu hakikatnya mereka sudah mempunyai pasangan yang akan menerima mereka walau apa pun yang terjadi.

Kalau ada yang beranggapan begitu pastikan anda ubah tanggapan tersebut kerana pasangan kitalah orang yang paling perlu dijaga dan hormati. Kita juga perlu tampil menarik untuk pasangan dan bukan untuk orang lain.

Penulis berminat untuk berkongsi satu ungkapan daripada tokoh motivasi tersohor negara, Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah, ujarnya; “Jika mahu diri disayangi, beri kasih sayang kepada orang dahulu”. Maksud lain yang dapat penulis simpulkan di sini ialah, jika kita mahu dihargai pasangan, maka kita harus memberikan yang terbaik kepada mereka barulah kita akan mendapat kebaikan yang sama juga.

Sesuai dengan topik kita cantik luaran dan dalaman, antara perkara yang perlu diberi perhatian ialah berhemah apabila berbicara, tampil dengan rupa yang menarik dan bersih serta menjaga hati pasangan dengan baik.

Bagi yang mahu berubah namun tidak tahu caranya, panduan di bawah mungkin boleh membantu.

Pertama: Paling penting dalam perhubungan ialah komunikasi yang baik.

Seringkali kita mengabaikan komunikasi yang baik dengan pasangan. Kata ganti nama diri seperti aku dan kau digunakan dalam perbualan harian, padahal lebih molek jika panggilan seperti ‘sayang’ atau ‘abang’ digunakan kerana itu boleh memupuk kemesraan.

Seperti persahabatan, pasangan yang baik perlu komunikasi yang jujur. Perlu bersedia untuk memberi pandangan, nasihat menasihati bila keadaan memerlukan. Jika salah seorang ingin meluahkan masalah, seorang lain perlu mendengar dengan baik.

Jangan pula cuba masuk campur dalam urusan pekerjaan dan keluarga jika tidak diminta. Jika ada yang berkecil hati, pastikan disuarakan dengan baik untuk mengelakkan salah faham yang lebih buruk.

Kedua: Anda dikehendaki menjadi pendengar yang setia. Bila pasangan anda dilanda masalah sebagai contoh di tempat kerja, bersedialah untuk menjadi pendengar dan jangan sesekali mengadili pasangan anda itu walaupun sebenarnya anda tahu bahawa dia yang punca masalah itu.

Apa yang perlu ialah dengar dan beri nasihat secara umum sahaja.

Ketiga: Memastikan bahawa anda tidak bertepuk sebelah tangan. Maknanya bukan anda sahaja yang menganggap pasangan anda itu perlu dihormati, malah dia juga perlu menghormati anda.

Jika ada sahabat lain yang mengutuk pasangan anda di belakangnya, andalah orangnya yang penuh yakin untuk menjadi pembela pasangan anda itu.

Tetapi jika memang pasangan anda melakukan kesalahan, terus-teranglah bahawa anda tidak selesa dia melakukan begitu, pilih perkataan yang sesuai untuk menegur dan tegurlah dengan berhati-hati agar tidak mengecilkan hatinya.

Seringkali kita mendengar rakan kita mengomel tentang bentuk tubuhnya yang semakin berisi dari hari ke hari.

Perkara yang amat lazim terjadi kepada wanita itu seperti lumrah terutama selepas melahirkan anak.

Memang ia amat merisaukan namun apa yang penting selain kerisauan itu ialah tindakan segera yang perlu diambil bagi menangani masalah tersebut.

Keempat: Laburlah sedikit wang untuk penampilan anda, tak kira sama ada untuk menguruskan badan, mencantikkan kulit, berbaju baru dan sebagainya semuanya ada harga yang perlu dibayar.

Namun percayalah ia adalah satu pelaburan yang baik demi perhubungan anda. Tapi tidak kira sama ada anda lelaki atau perempuan perlulah sama-sama mengambil berat tentang penampilan anda.

Kebersihan harus dijaga dan perlu amalkan disiplin diri. Pilihlah pakaian yang kemas dan pastikan anda melakukannya ikhlas untuk pasangan anda.

Jangan bila hendak ke kenduri atau berhari raya baru hendak bergaya. Sepatutnya bergayalah di rumah kerana ada mata dan perasaan yang lebih penting untuk dijaga.

Source: Utusan Malaysia Online

Wednesday, January 27, 2010

Life.....

Cepatkan masa nie berlalu, x terasa bagi diri ini....apa yang aku rase mcm semlm je bru kahwin...he..he.. padahal anak aku dah masuk 5 tahun.Semalam ms firdee nak makan pizza so aku pegi Domino's, that time nak bayar the cashier ask me "it's she ur sister?" sambil tunjuk pada ms firdee...aku ngan gelak trus balas "what??? she's my daughter..." padahal dalam hati bangga gak, org cakap aku muda....; )

Makin lama perjalanan kita...makin banyak dugaan dan cabaran dan ini lebih mengajar kita apa itu 'erti kehidupan'....begitu jugak dengan kehidupan aku sebagai ibu,isteri dan anak...tapi aku happy dengan kehidupan ini, tambahan pulak bila tgk anak yang dulu aku kandung selama 9 bulan hari ini sedang berlari2 di halaman sekolah....saat ini adalah saat yang paling mengembirakan bagi aku.....

Aku x nafikan ms firdee nie banyak perangai, biasa la budak2 ada ketikanya die ok dan ada ketikanya jadi x ok...nama lagi kanak-kanak tp bagi aku itu lumrah dia...Syukur pada Allah, walaupun tanpa suami disisi aku masih dapat meneruskan tugasan ku sebagai seorang IBU.....
Dan hari ini anakku pulang dari school dan berkata "Ibu...today fatihah dah IQRA 2"..... alhamdulilah sangat2....






Monday, January 25, 2010

Laundry n the equipment.....

Eerrmm.....in our life nie kalau fikir pasal kain baju memang x habis2.Bru je abis wat clearance stock baju2 yang tidak dipakai,tetiba datang la baju baru....Oh My God, x tahan tengok baju2 yg berlambak2 nie...Sesungguhnya godaan syaitan nie memang dahsyat,tiap kali pergi mane2 asal nampak cantik x kire tuk mr,mrs n ms firdee aku sambar je...ditambah pulak berjalan tanpa ade pengawasan tu yg sedap hati membeli....actually nie bukan satu treatment tp habit yg paling buruk dalam hidup kita...Mr Firdee pernah cakap ngan aku "kita nie kalu dah xde keje nanti leh bukak kedai baju bundle kan lv???" mula2 tu bengang gak tp bila fikir balik betul cakap die.... : )

Last week i'm doing my laundry....my washing machine working for 5 times because a lot of clothes n bedsheets.Actually i'm trying to do all of this laundry by myself coz last 2 week my maid telah menghanguskan my saree silk n membasuh baju manik n bra aku pakai mesin...damnn....so stupid.Disebabkan kemarahan yg teramat sangat aku relakan diri menguruskan semua kain baju itu....Mase turn basuh membasuh x kisah sgt sbb pakai machine tp bile bab menjemur mase tu mula pikir nak beli dryer lak..trus teringat mase dok dubai aritu oohh bestnyer x yah jemur2 baju lepas basuh trus masukkan baju dalam dryer.Ingat la kalu kemukakan proposal nie pada mr firdee adakah mendapat green light?? ape pun aku kena bagi gambaran dulu supaya die senyum je bile baca entry nie.... Sayang,kalau kita pakai dryer nanti lv xde la bising2 suh jemur baju!!!


Bab melipat baju umah aku nie x bayak sbb sumer baju aku iron kecuali panties n bra....serkup kepala pun aku iron tu yang ipar aku ckp aku nie majikan giler...ha..ha..ha..to me bile bukak je almari nampak pakaian tersusun rase macam satu kepuasan, tp aku x la iron sumer baju2 ade gak yg hantar kedai, xkan la aku nak iron bedsheet n curtain...giler ape nak jimat punye pasal tp menyeksa diri....dan ini satu lg equipment yg lv perlukan steam iron......kalau pakai steam iron jimat masa sayang....


After cleaning + drying + ironing n folding....all the clothes perlu dihantar ke wardrobe tp aku blum ade wardrobe sebenarnya...he...he...he...dok planning since last year tp sampai arini blum ade approve dr mr firdee...Hopefully this year die approve la, sbb diri ini sudah tidak tahan lagi melihat baju2 yg semakin bertambah ini..Oh...my sayang , cepat2 la kita wat renovate lv dah x tahan melihat baju2 yg bertimbun2 ini....